Royal Launch of Anggun “Pesona Tanjung”
Poh Kong’s Shah Alam manufacturing facility hosted the royal launch of the Anggun Pesona Tanjung series, graced by Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, D.K., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K., Tengku Permaisuri Selangor, and Yang Amat Berhormat Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor.
The event highlighted royal heritage, creative excellence, and Malaysia’s rising prominence as a regional hub for fine jewellery innovation.
Fasiliti pembuatan Poh Kong di Shah Alam telah menjadi lokasi bagi pelancaran diraja siri Anggun Pesona Tanjung, yang telah diserikan dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, D.K., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K., Tengku Permaisuri Selangor, serta Yang Amat Berhormat Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor.
Acara ini menonjolkan warisan diraja, kecemerlangan kreatif, serta peranan Malaysia yang semakin menyerlah sebagai hab serantau dalam inovasi barang kemas mewah.
The Pesona Tanjung series ushers in a new chapter for Poh Kong’s Anggun collection, which celebrates the elegance, strength, and grace of women across Asia. Inspired by Selangor’s state flower, the Bunga Tanjung, it symbolizes unity, purity, and resilience through its nine petals, reflecting the harmony between Malaysia’s cultural heritage and Poh Kong’s modern craftsmanship.
Endorsed by the Selangor royal family, the series will debut during Raya 2026, representing authenticity, prestige, and timeless beauty.
Siri Pesona Tanjung menandakan babak baharu bagi koleksi Anggun oleh Poh Kong, yang meraikan keanggunan, kekuatan, dan kelembutan wanita di seluruh Asia. Diilhamkan oleh bunga rasmi negeri Selangor, Bunga Tanjung, siri ini melambangkan perpaduan, kesucian, dan ketabahan melalui sembilan kelopaknya, menggambarkan keharmonian antara warisan budaya Malaysia dan ketukangan moden Poh Kong.
Dengan perkenan keluarga diraja Selangor, siri ini bakal dilancarkan semasa sambutan Raya 2026, melambangkan keaslian, keunggulan, dan keindahan abadi.
The royal launch concluded with a narrated fashion showcase featuring all five floral-inspired designs from the Anggun collection, including the new Pesona Tanjung series. The segment celebrated Malaysia’s cultural heritage and its influence on contemporary design and craftsmanship.
Pelancaran diraja tersebut diakhiri dengan pertunjukan fesyen berlatarkan naratif yang menampilkan kelima-lima rekaan berinspirasikan bunga daripada koleksi Anggun, termasuk siri baharu Pesona Tanjung. Segmen ini meraikan warisan budaya Malaysia serta pengaruhnya dalam reka bentuk dan ketukangan kontemporari.
Anggun Gold Coin Collection
The royal launch also introduced the Anggun Gold Coin Collection, inspired by Malaysia’s beloved blooms that symbolize virtue and beauty.
Pelancaran diraja tersebut turut memperkenalkan Koleksi Anggun Gold Coin, yang berinspirasi daripada bunga-bungaan indah Malaysia yang melambangkan nilai murni dan keindahan tanah air.