Poh Kong Holdings Berhad (PKHB) dan anak-anak syarikatnya (selepas ini dirujuk sebagai “Kumpulan”) dan para pengarahnya dengan ini mengisytiharkan bahawa Kumpulan dan/atau para pengarahnya tidak terlibat, secara langsung atau tidak langsung, pada bila-bila masa atau dalam apa cara sekalipun, dalam sebarang bentuk kegiatan pelaburan bulion emas dan/atau syiling emas, secara tempatan dan/atau luar negeri, atau melalui mana-mana pihak ketiga atau agensi.
Tidak juga Kumpulan terlibat dalam mahupun membenarkan mana-mana pihak ketiga atau agensi untuk mewakili Kumpulan dalam kegiatan pelaburan sedemikian.
Kumpulan tidak akan bertanggungjawab dan secara nyata menafikan sebarang liabiliti apa sekalipun bagi sebarang kerugian, walau bagaimana sekalipun diakibatkan, yang mana-mana orang mungkin alami atau tanggung daripada kegiatan sedemikian.
Lembaga Pengarah dan Pengurusan
POH KONG HOLDINGS BERHAD (586139-K) |